Biasiswa Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial

Biasiswa Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial
Program biasiswa ini merupakan dana bantuan untuk mahasiswa fakulti HUSO. Ia membuka peluang kepada mahasiswa untuk berkhidmat di fakulti dan menukarkan jam kerja sebagai imbalan. Program ini juga menjadi saluran untuk melatih kemahiran bekerja bagi mahasiswa selaku penerima biasiswa tersebut. Pengalaman tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan juga dalam pekerjaan mereka di masa depan.
Syarat: Merupakan mahasiswa fakulti HUSO dengan tidak terbatas tahun pengajian ataupun jurusan
Biasiswa Mahasiswa Cemerlang
Program biasiswa ini merupakan dana bantuan pendidikan bagi mahasiswa fakulti HUSO yang memiliki prestasi akademik yang baik namun mempunyai kekurangan sumber kewangan.
Syarat
1. Merupakan mahasiswa fakulti HUSO dengan tidak terbatas tahun pengajian ataupun jurusan.
2. Biasiswa ini hanya diberikan sekali sahaja.
3. Penerima biasiswa ini harus memiliki prestasi akademik yang baik hingga sangat baik.



Biasiswa Program “Ton Kla Songkla Nakharin”
Ia merupakan biasiswa pendidikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan di kawasan pedalaman di 14 wilayah selatan Thailand. Biasiswa ini menyediakan pendanaan secara lanjutan bermula dari peringkat sekolah menengah hingga selesai pembelajaran pada peringkat pengajian tinggi di Universiti Prince of Songkla di salah satu kampus mengikut kemampuan pelajar. Bagi pelajar yang dapat menyambung pembelajarannya di peringkat pengajian tinggi, pihak fakulti/kolej akan bertanggungjawab berkenaan bayaran yuran pendidikan (bagi program pembelajaran penuh) sepanjang program pembelajaran kepada mahasiswa yang mendapat biasiswa tersebut.
Syarat:
1. Merupakan pelajar sekolah menengah yang telah lulus tingkatan 6 dan dapat menyambung pembelajarannya di peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai jurusan di bawah fakulti HUSO. Pelajar tersebut harus mendapat biasiswa lanjutan dari sekolah menengah di bawah program “Ton Kla Songkla Nakharin” dari Universiti Prince of Songkla.
2. Biasiswa ini merupakan biasiswa berlanjutan sepanjang program (peringkat sarjana muda) yang meliputi bayaran yuran pendidikan, wang bulanan dan ia tidak meliputi bayaran yuran kediaman universiti.
Biasiswa Yayasan Chumphot-Phantip
Program biasiswa ini merupakan dana pendidikan untuk membantu institusi pendidikan yang ingin menyelenggarakan aktiviti akademik yang bermanfaat kepada masyarakat dan mendukung pembelajaran mahasiswa berprestasi namun kurang berkesempatan untuk melanjutkan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Yayasan Chumphot-Phantip berhasrat untuk memberi peluang pendidikan diiringi dengan nilai-nilai moral yang merupakan perkara penting bagi masyarakat Thailand saat ini.
Syarat:
1. Merupakan mahasiswa fakulti HUSO tahun 2 – 4.
2. Boleh mendaftar untuk mendapatkan biasiswa ini melalui fakulti dan bertemu duga dengan staf Yayasan.
3. Penerima biasiswa ini akan dibiayai bayaran pendaftaran/bayaran yuran pengajian sepanjang pembelajarannya termasuk juga bayaran pendaftaran semester musim panas (yang mendapat kelulusan daripada pihak yayasan untuk mendaftarkannya).
4. Penerima biasiswa ini akan mendapat wang bulanan sebanyak 1,200 baht. Mahasiswa akan menerima bantuan sara diri selama 10 bulan dalam masa 1 tahun akademik. Pelajar yang menerima perakuan daripada pihak Dekan atau direktor institusi akan menerima bantuan sara diri selama 12 bulan.
5. Bayaran kediaman sepanjang tahun akademik atau bayaran penginapan di luar institusi (jika diperlukan) maksimum 500 baht untuk 1 bulan.
6. Lain-lain bayaran yang merupakan sebahagian daripada kurikulum pembelajaran dan dianggap perlu oleh yayasan untuk dibantu seperti bayaran praktikal pada musim cuti semester, sumbangan untuk penyelenggaraan aktiviti mengikut kurikulum pembelajaran dan lain-lain.