Bilik Makmal Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial
Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial menyediakan perkhidmatan bilik kuliah dan bilik makmal kepada kakitangan-kakitangan dan pelajar bagi semua peringkat. Bilik-bilik tersebut terdiri daripada bilik kuliah, bilik makmal bahasa dan bilik makmal teknologi maklumat. Setiap bilik dilengkapi dengan komputer untuk pensyarah dan pelajar. Maklumat tentang cara menghubungi pegawai teknik di bahagian teknologi maklumat digital yang ditugaskan untuk urus selia bilik-bilik tersebut disediakan dalam setiap bilik. Hal ini memastikan pengguna dapat menghubungi mereka dengan segera apabila mereka menghadapi sebarang masalah
Bilik Kuliah
Terdapat lima (5) bilik kuliah di fakulti ini. Setiap bilik disediakan sebuah komputer untuk pensyarah, pembesar suara, sebuah mikrofon tanpa wayar dan mikrofon berwayar serta projektor. Setiap bilik kuliah juga dilengkapi dengan sistem internet dan kemudahan WiFi.
- Bilik 50226
- Bilik Kuas Cat Cina (50337)
- Bilik Siswazah (50415)
- Bilik Siswazah (50423)
- Bilik Sains Sosial (50427)
Bilik Makmal Bahasa
Bilik kuliah Makmal Multimedia (ML) adalah sebanyak tiga (3) bilik yang terdiri daripada bilik kuliah ML1 (50119), bilik kuliah ML2 (50120) dan bilik kuliah ML3 (50234). Setiap bilik mempunyai sebuah komputer untuk pensyarah, 40-50 buah komputer untuk pelajar, pembesar suara, sebuah mikrofon tanpa wayar dan mikrofon berwayar serta dengan projektor. Setiap bilik tersedia dengan sistem internet dan WiFi.
- bilik kuliah ML1 (50119)
- bilik kuliah ML2 (50120)
- bilik kuliah ML3 (50224).
- Bilik Kuliah Makmal Bunyi (SLB) adalah sebanyak dua (2) bilik iaitu bilik kuliah SLB (50234) dan bilik kuliah SLC (50121) yang tersedia dengan sebuah komputer untuk pensyarah dan sebuah televisyen untuk digunakan dalam proses pengajaran.
Bilik Makmal Teknologi Maklumat
- Terdiri daripada bilik makmal geografi (50115), bilik makmal komputer (50117) dan bilik makmal maklumat (50227)