Elemen Grafik
Corak grafik “PSU Journey Route” telah direka untuk menyampaikan kisah perjalanan menuju kejayaan dengan adanya titik destinasi sebagai sasaran dan titik permulaan untuk memulakan tindakan. Apabila destinasi yang ditetapkan telah dicapai, destinasi baharu akan dicari untuk memulakan perjalanan seterusnya tanpa penghujung. Ia membawa diri sendiri, komuniti dan masyarakat ke arah pencapaian yang lebih baik.
Corak grafik ini terdiri daripada Journey Route berwarna PSU Deep Blue dan Navigation Marker berwarna PSU Sky Blue. Penggunaannya boleh dikembangkan untuk tujuan reka bentuk kreatif, dengan syarat perkadaran antara titik Navigation Marker, jarak serta ketebalan garisan Journey Route hendaklah sentiasa dikekalkan dengan betul.
Penggunaan boleh dikembangkan untuk tujuan reka bentuk kreatif, dengan syarat perkadaran antara titik Navigation Marker, jarak serta ketebalan garisan Journey Route hendaklah sentiasa dikekalkan dengan betul. Perkadaran tersebut ditetapkan seperti berikut:
Ketebalan garisan Journey Route adalah 4/6 daripada saiz Navigation Marker.
Jarak antara garisan Journey Route dan Navigation Marker adalah ½ daripada saiz Navigation Marker.