Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universiti Prince of Songkla telah menyambut kunjungan Encik Pedro Zwahlen, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Switzerland ke Thailand, Kemboja dan Laos (Ambassador of Switzerland to Thailand, Cambodia and Lao PDR).
Dalam kesempatan ini, Profesor Madya Dr. Chakorn Praphom, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Strategi Kecemerlangan) selaku wakil Dekan, bersama Dr. Uniansa Samita Samea, pensyarah Program Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu) dan pasukan kerja fakulti telah menyambut kunjungan rasmi ini pada Selasa, 6 Mei 2025 bertempat di Bilik Perkhidmatan Akademik, Aras 2, Bangunan Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Kampus Pattani.
Tujuan utama lawatan dan perbincangan ini adalah untuk membincangkan dan merancang pelaksanaan projek penyelidikan bertajuk
“Enhancing Academic Achievement of Patani Malay Students in 3 Southern Border Provinces through Implementation of the Mother Tongue-based Multilingual Education”,
iaitu satu projek penyelidikan yang mendapat sokongan pembiayaan daripada Kerajaan Switzerland.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen dan keupayaan Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universiti Prince of Songkla dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, sekali gus akan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa dan memajukan pendidikan di wilayah sempadan Selatan Thai pada masa hadapan.








